Dasar Privasi

Sistem Markah & PBD (pbd.akmalsys.com) · Dikemas kini 29 Oktober 2026

Maklumat yang digunakan

Apabila anda log masuk dengan Google, sistem menerima nama, alamat emel dan gambar profil anda sahaja, untuk mengenal pasti anda dan menentukan kelas yang boleh anda akses. Sistem tidak meminta akses kepada Gmail, Drive atau data Google anda yang lain.

Data murid & markah

Senarai murid, markah dan Tahap Penguasaan disimpan dalam Google Drive / Google Sheet milik sekolah anda (akaun admin sekolah yang memasang sistem). Setiap sekolah mempunyai pangkalan data berasingan. Pemilik laman ini tidak menerima atau menyimpan data murid sekolah lain.

Salinan data kelas anda juga disimpan dalam pelayar anda (localStorage) supaya sistem boleh digunakan sementara luar talian.

Perkongsian

Data tidak dijual atau dikongsi dengan pihak ketiga. Guru hanya boleh melihat kelas yang ditugaskan oleh admin sekolah mereka.

Sambungan Chrome "Isi SPPB" (pilihan)

Jika dipasang, sambungan ini hanya berjalan di laman sistem ini dan di SPPB (moeissppb.moe.gov.my) untuk mengisi borang PBD dalam pelayar anda. Ia tidak menghantar data ke mana-mana pelayan.

Pemadaman & hubungan

Untuk memadam data, hubungi admin sekolah anda (pemilik Google Sheet sekolah). Pertanyaan tentang laman ini: akmalnasir.ipgkpp@gmail.com.